Aku Buntu !



Aku tak tahu bila ia akan berakhir…
Aku tak suka bila ia berterusan…
Aku buntu mencari jalan..
Aku mahu menang dan bukan kalah…

Aku menang bila mereka mula menerima kebenaran..
Aku kalah kerana aku juga sama seperti mereka..
Memekik dan menghina..
Aku bukan seperti ini..
Ini bukan aku….

Dimana kesabaran dan ketabahan yang aku tunjukan..
Dimana senyuman yang tak lekang di bibir bila dicaci dan dimaki..
Dimana hati yang sentiasa memaafkan …
Dimana jiwa yang selalu mengalah dan tak menyalahkan…

Dimana diri aku yang dulu..
Tersimpan ketabahan dan kesabaran tak kira apa jenis ujian…
Yang menjadi teman hanya sekeping nukilan …
Sudah kah ia dikuburi oleh dunia yang semakin kejam…
Apa akan jadi dengan sifat kemanusiaan??

Yang pasti masih ada sisa-sisa..
 akan aku gunakan ia dengan sebaiknya…

*Mia wii are*

No comments:

Post a Comment