Fikiran aku


Bila rase tak selesa atau tak selamat ,, 
muka akan berubah ,, senyuman yang indah jadi layu..

Kadang-kadang aku sendiri tak faham dengan apa yang minda aku fikirkan,,
apa yang hati aku mahukan,,apa yang bibir aku bicarakan,, apa yang tangan aku coretkan,,

Proses kekeliruan membuat aku terduduk di sudut yang gelap & kelam,,
sunyi tanpa bunyi,, senyap tanpa kata,,

Terkadang aku fikirkan , pemikiran aku di luar jangkaan ,,
menjadikan aku susah untuk difahami,,

Semua serba tak kena, ekspresi marah aku tak tentu hala,,
rasa ingin melepaskan,, tapi tetap tersimpan,,

Semua aku pendam,, bila benteng makin rapuh,, 
baru aku luahkan lava kemarahan,, muka menjadi merah tanda api semakin membara,,

Tutur kata yang sopan ,, berubah sumbang ,,
di situ hilang suda akal ,, terus menerus menghentam ,,sampai hati rasa selesa..

Melainkan,, ada yang datang & sempat menghalang,,
bukan kata-kata ,, tapi cukup sekadar dengan sentuhan,,

Api terus beku menjadi ais,, aku mula menangis,,
merasai masih ada yang memahami .



p/s : : macam ketandusan kasih sayang pon ada,, haip.



2 comments:

  1. Be Str0nG giRl, i knoW u cAn, :-D chayo00ok!!!

    ReplyDelete